Agama
yang menyebarkan agama (dakwah/diayah/missionary)
1. - Islam
2. - Kristian
3. - Buddha
Yahudi
tidak menjadi agama yang membawa mission kerana agamanya lebih bersifat perkauman.
Malah mereka menganggap mereka ialah bangsa yang terpilih dan suci. Kata
seorang ‘ulama’ Yahudi, nyawa seorang bangsa Arab itu diibaratkan kuku di satu
jari orang Yahudi. Hal yang telah kita maklumi, Yahudi sangat benci akan bangsa
Arab dan sentiasa bercita-cita menghancurkan bangsa tersebut yang beragama
Islam. Mereka Yahudi ini bukan sahaja membandingkan mereka dengan bangsa Arab,
malah juga dengan bangsa-bangsa lain.
Dalam
Bible (Old Testament),
Deutronomy
23 : 19-20 “Do not charge interest on the loans you make to fellow Israelites,
whether you loan money, or food, or anything else.” “You may charge interest to
foreigners, but you may not charge interest to Israelites, so that the Lord
your God many bless you in everything
you do in the land you are about to enter and occupy.” (foreigners : gentiles –
bukan Yahudi)
Orang
Yahudi tidak boleh mengamalkan riba sesama Yahudi tetapi dibenarkan riba dengan
bangsa lain.
Strategi
dakyah Kristian di Malaysia
Strategi
baru yang digunakan oleh pendakyah Kristian ialah berhujah dengan menggunakan
ayat Al-quran. Mereka mengeluarkan pelbagai persoalan kepada individu yang
menjadi sasaran diayah mereka dan membiarkan ‘sasaran’ itu tertanya-tanya
sendirian sehingga akhirnya akidah individu tersebut tergugat. Hal ini sudah
banyak berlaku di Malaysia. Cuma ia berlaku secara senyap. Sasaran mereka ialah
muslim yang jahil atau ilmu agama yang tipis. Hanya dengan ilmu agama kita
dapat menangkis semua persoalan mereka dengan mudah sekali.
Ingatlah
bahawa Islam itu sentiasa menang dengan
kebenaran yang ada di dalamnya. Agama Islam ialah agama yang Allah turunkan
kepada sekalian alam.
Salah
satu strategi yang digunakan ialah strategi perbandingan watak. Mereka cuba
mengkaji Al-Quran tentang 2 orang nabi Allah iaitu nabi Muhammad s.a.w. dan
nabi Isa a.s.. Nabi Isa dikenali sebagai Jesus Christ oleh orang Kristian (son
of God). Sebenarnya, mereka ingin kita menganggap nabi Isa a.s. itu lebih hebat
dan mulia daripada nabi Muhammad s.a.w.. dan akhirnya percaya bahawa nabi Isa
a.s. ialah tuhan (son of God). Adalah ditegaskan bahawa nabi Isa ialah salah
seorang nabi yang diutuskan oleh Allah untuk bani Israel.
Di
sini diberikan beberapa jenis persoalan dan cara kita menangkis hujahan mereka.
yakinlah, Islam kuat kerana kebenaran yang terdapat di dalamnya. Islam ialah
agama Allah satu-satunya. Dengan kebenaran inilah kita dapat menangkis semua
pembohongan dan propaganda mereka. Kita bukan sahaja boleh menangkis hujahan
mereka dengan guna Al-Quran tetapi juga menggunakan Bible yang dipercayai
mereka. Pendakyah Kristian mengeluarkan kelebihan Nabi Isa a.s. dan bandingkan
dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Misalnya, mengenai kriteria seperti Nabi Isa
dilahirkan tanpa bapa, namanya banyak disebut dalam Al-Quran, dapat
menghidupkan orang mati dan lain-lain. Antara persoalan yang dikemukakan
pendakyah Kristian ialah seperti berikut.
1. “Dua
tempat di dalam Al-Quran yang menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s. yang luar
biasa dan ajaib. (surah al-Maidah dan surah Al-Maryam). Manakala nabi Muhammad
s.a.w. dilahirkan seperti manusia biasa.”
Jawapan :
a) Jikalau
kriteria tidak ada bapa itu dijadikan kriteria hebat itu, jadi Nabi Adam a.s.
adalah lebih hebat kerana dilahirkan tanpa ibu dan tanpa bapa. Justeru, kenapa Kristian
tidak jadikan Nabi Adam itu sebagai Son of God sedangkan dia lebih hebat.
b) Dalam
Bible (New Testament) Hebres Chapter 7 ayat 3 juga menceritakan satu watak
bernama Melchizedek yang tidak mempunyai bapa, ibu, saudara mara malah tiada
permulaan dan pengakhiran dalam hidupnya. “There is no record of his father or
mother or any ancestors – no beginning or end to his life.” Oleh itu bukankah
Melchizedek ini lebih hebat daripada nabi Isa a.s? Kelahiran luar biasa (tidak
ada bapa) bukanlah kriteria untuk dijadikan seseorang itu lebih mulia dari yang
lain. Memang kita tidak menafikan kehebatan kelahiran nabi Isa a.s. itu
benar-benar wujud dan ia datang dari Allah s.w.t..
2. Nama
nabi Isa a.s. banyak disebut di dalam Al-Quran berbanding nabi Muhammad itu
sendiri. Bukankah nabi Isa itu lebih mulia dan dimuliakan berbanding nabi
Muhammad s.a.w.? nabi Isa 25 kali manakala nabi Muhammad hanya 5 kali.
Jawapan :
a) Bukti
Nabi Muhammad s.a.w. tidak menulis sendiri Al-Quran. Ia ialah wahyu daripada
Allah (An-Najm 3&4). Logiknya, jika nabi Muhammad menulis sendiri Al-quran
sudah tentulah namanya lebih banyak dituliskan berbanding nama orang lain.
b) Terdapat
nabi-nabi Allah yang lain lebih banyak disebut namanya dalam al-Quran iaitu
seperti Nabi Musa a.s. 130 kali dan nabi Ibrahim a.s. 45 kali.
c) Syaitan
disebut lebih banyak daripada itu dalam Al-Quran. Kalau kriteria nama banyak
disebut di dalam Al-Quran dijadikan kriteria yang hebat, adakah syaitan itu
lebih hebat dan lebih mulia? Jadi, melalui kriteria itu tidak boleh dikatakan
orang itu lebih hebat dan lebih mulia. Antara tempat yang disebut mengenai
syaitan di dalam Al-Quran :
·
Al-Baqarah ayat 34, al-Imran ayat 36,
al-Imran 155, al-Mulk 5, Yusuf 42, Yusuf 100, An-Nahl 98, an-Nahl 99, al-Isra’
27, Al-Isra’ 61, Al-Isra’ 53, Al-Isra’ 64, Al-Kahf 50, Al-Kahf 63, Maryam 44,
Taha 116, Maryam 45, Maryam 83, Al-Hajj 52, Al-Hajj 53, Al-Mukminin 97, an-Nur
21, Al-Furqan 29, Sad 37, Sad 74 dan lain-lain.