Wednesday, 25 June 2014

Adakah Jesus itu Tuhan? Is a Jesus is God???


Adakah Jesus tuhan?

Seperti sedia kita maklumi, setiap penganut Kristian wajib percaya Jesus ialah tuhan. Dalam konsep trinity tuhan yang dikatakan ialah God (Father), Son of God (Jesus) dan The Holy. Tiga tuhan dikatakan satu tuhan. Tetapi jika diteliti di dalam Bible sendiri pun terdapat banyak percanggahan tentang konsep trinity ini. Berikut ialah bukti percanggahan dan kesamaran terdapat dalam Bible mengenai konsep tuhan :

1.      Secara logiknya, sifat tuhan ialah maha mengetahui. Tetapi Jesus tidak mempunyai sifat tuhan itu. Buktinya Jesus tidak tahu tentang hari kiamat.
Mark 13 : 32 But of that day dan hour knoweth no man, no, not the angels which are in heaven, neither the Son, but the Father.

2.      Tuhan tidak mempunyai tuhan. Tetapi Jesus mempunyai tuhan. Tidak logiklah sekiranya tuhan mempunyai tuhan.
Matt 27:46 “My God, my God, why hast thou forsaken me?

3.      Menurut Bible, tuhan tidak boleh dilihat. Tetapi Jesus mempunyai darah dan daging (manusia).
John 1:18 “No man hath seen God at any time”             
John 5:37 “Ye have neither heard His Voice at any time nor seen this shape.”

4.      Sebenarnya tuhan ada satu sahaja. Jesus juga mengatakan yang dia mempunyai tuhan dan the Lord (God) is one.
Deuteronomy 6:4 “Listen, O Israel! The Lord is our God, the Lord alone.”

strategi dakyah kristian di Malaysia


Agama yang menyebarkan agama (dakwah/diayah/missionary)

1.      -      Islam
2.      -  Kristian
3.      -   Buddha
Yahudi tidak menjadi agama yang membawa mission kerana agamanya lebih bersifat perkauman. Malah mereka menganggap mereka ialah bangsa yang terpilih dan suci. Kata seorang ‘ulama’ Yahudi, nyawa seorang bangsa Arab itu diibaratkan kuku di satu jari orang Yahudi. Hal yang telah kita maklumi, Yahudi sangat benci akan bangsa Arab dan sentiasa bercita-cita menghancurkan bangsa tersebut yang beragama Islam. Mereka Yahudi ini bukan sahaja membandingkan mereka dengan bangsa Arab, malah juga dengan bangsa-bangsa lain.

Dalam Bible (Old Testament),
Deutronomy 23 : 19-20 “Do not charge interest on the loans you make to fellow Israelites, whether you loan money, or food, or anything else.” “You may charge interest to foreigners, but you may not charge interest to Israelites, so that the Lord your God many bless you  in everything you do in the land you are about to enter and occupy.” (foreigners : gentiles – bukan Yahudi)
Orang Yahudi tidak boleh mengamalkan riba sesama Yahudi tetapi dibenarkan riba dengan bangsa lain.

Strategi dakyah Kristian di Malaysia

Strategi baru yang digunakan oleh pendakyah Kristian ialah berhujah dengan menggunakan ayat Al-quran. Mereka mengeluarkan pelbagai persoalan kepada individu yang menjadi sasaran diayah mereka dan membiarkan ‘sasaran’ itu tertanya-tanya sendirian sehingga akhirnya akidah individu tersebut tergugat. Hal ini sudah banyak berlaku di Malaysia. Cuma ia berlaku secara senyap. Sasaran mereka ialah muslim yang jahil atau ilmu agama yang tipis. Hanya dengan ilmu agama kita dapat menangkis semua persoalan mereka dengan mudah sekali. 

Ingatlah bahawa Islam  itu sentiasa menang dengan kebenaran yang ada di dalamnya. Agama Islam ialah agama yang Allah turunkan kepada sekalian alam.
Salah satu strategi yang digunakan ialah strategi perbandingan watak. Mereka cuba mengkaji Al-Quran tentang 2 orang nabi Allah iaitu nabi Muhammad s.a.w. dan nabi Isa a.s.. Nabi Isa dikenali sebagai Jesus Christ oleh orang Kristian (son of God). Sebenarnya, mereka ingin kita menganggap nabi Isa a.s. itu lebih hebat dan mulia daripada nabi Muhammad s.a.w.. dan akhirnya percaya bahawa nabi Isa a.s. ialah tuhan (son of God). Adalah ditegaskan bahawa nabi Isa ialah salah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah untuk bani Israel. 

Di sini diberikan beberapa jenis persoalan dan cara kita menangkis hujahan mereka. yakinlah, Islam kuat kerana kebenaran yang terdapat di dalamnya. Islam ialah agama Allah satu-satunya. Dengan kebenaran inilah kita dapat menangkis semua pembohongan dan propaganda mereka. Kita bukan sahaja boleh menangkis hujahan mereka dengan guna Al-Quran tetapi juga menggunakan Bible yang dipercayai mereka. Pendakyah Kristian mengeluarkan kelebihan Nabi Isa a.s. dan bandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Misalnya, mengenai kriteria seperti Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, namanya banyak disebut dalam Al-Quran, dapat menghidupkan orang mati dan lain-lain. Antara persoalan yang dikemukakan pendakyah Kristian ialah seperti berikut.
1.      “Dua tempat di dalam Al-Quran yang menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s. yang luar biasa dan ajaib. (surah al-Maidah dan surah Al-Maryam). Manakala nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan seperti manusia biasa.”
Jawapan :
a)      Jikalau kriteria tidak ada bapa itu dijadikan kriteria hebat itu, jadi Nabi Adam a.s. adalah lebih hebat kerana dilahirkan tanpa ibu dan tanpa bapa. Justeru, kenapa Kristian tidak jadikan Nabi Adam itu sebagai Son of God sedangkan dia lebih hebat.
b)      Dalam Bible (New Testament) Hebres Chapter 7 ayat 3 juga menceritakan satu watak bernama Melchizedek yang tidak mempunyai bapa, ibu, saudara mara malah tiada permulaan dan pengakhiran dalam hidupnya. “There is no record of his father or mother or any ancestors – no beginning or end to his life.” Oleh itu bukankah Melchizedek ini lebih hebat daripada nabi Isa a.s? Kelahiran luar biasa (tidak ada bapa) bukanlah kriteria untuk dijadikan seseorang itu lebih mulia dari yang lain. Memang kita tidak menafikan kehebatan kelahiran nabi Isa a.s. itu benar-benar wujud dan ia datang dari Allah s.w.t..
2.      Nama nabi Isa a.s. banyak disebut di dalam Al-Quran berbanding nabi Muhammad itu sendiri. Bukankah nabi Isa itu lebih mulia dan dimuliakan berbanding nabi Muhammad s.a.w.? nabi Isa 25 kali manakala nabi Muhammad hanya 5 kali.
Jawapan :
a)      Bukti Nabi Muhammad s.a.w. tidak menulis sendiri Al-Quran. Ia ialah wahyu daripada Allah (An-Najm 3&4). Logiknya, jika nabi Muhammad menulis sendiri Al-quran sudah tentulah namanya lebih banyak dituliskan berbanding nama orang lain.
b)      Terdapat nabi-nabi Allah yang lain lebih banyak disebut namanya dalam al-Quran iaitu seperti Nabi Musa a.s. 130 kali dan nabi Ibrahim a.s. 45 kali.
c)      Syaitan disebut lebih banyak daripada itu dalam Al-Quran. Kalau kriteria nama banyak disebut di dalam Al-Quran dijadikan kriteria yang hebat, adakah syaitan itu lebih hebat dan lebih mulia? Jadi, melalui kriteria itu tidak boleh dikatakan orang itu lebih hebat dan lebih mulia. Antara tempat yang disebut mengenai syaitan di dalam Al-Quran :
·         Al-Baqarah ayat 34, al-Imran ayat 36, al-Imran 155, al-Mulk 5, Yusuf 42, Yusuf 100, An-Nahl 98, an-Nahl 99, al-Isra’ 27, Al-Isra’ 61, Al-Isra’ 53, Al-Isra’ 64, Al-Kahf 50, Al-Kahf 63, Maryam 44, Taha 116, Maryam 45, Maryam 83, Al-Hajj 52, Al-Hajj 53, Al-Mukminin 97, an-Nur 21, Al-Furqan 29, Sad 37, Sad 74 dan lain-lain.

Wanita dalam Bible


 Wanita Dalam Bible


Corinthians 11 : 6 : 7
… Yes, if she refuses to wear a head covering, she should cut off all her hair! But since it is shameful for a woman to have her hair cut or her head shaved, she should wear a covering. A man should not wear anything on his head when worshiping for man is made in God’s image and reflect God’s glory. And woman reflects man’s glory…

Adakah petikan daripada Bible ini ialah kata2 tuhan? Adakah ia diwahyukan oleh tuhan? Hal yang dikatakan dalam petikan bible ini tidak dapat diterima secara logiknya. Ia seolah2 merendahkan martabat seorang wanita. Malah kata2 itu agak tidak berkualiti dari aspek penulisannya.
Its seem like, every man responsible to Christ, as woman is responsible to her husband dan Christ is responsible to God.

Jika kita lihat negara-negara Barat kini, wanita dipergunakan untuk iklan-iklan pelbagai jenis jualan barangan serta menjadi penghibur murahan. Dalam iklan kereta berjenama sekalipun memperguna model wanita yang seksi. Wanita juga banyak berada di kelab-kelab malam dan dalam bidang nyanyian dan tarian untuk jualan atau ekonomi semata2. Dalam filem-filem juga terdapat banyak unsur-unsur seks yang menjadikan pelakon wanita ibarat pelacur. Wanita seolah-olah tiada maruah dan harga diri. Sesiapapun boleh menyentuh mereka sesuka hati. Wanita juga seperti boneka dalam hidup seseorang lelaki. Amerika yang kononnya mempertahankan kedudukan wanita, terdapat banyak kes pelacuran, rogol, filem, lucah, keganasan terhadap wanita dan lain-lain. Hakikatnya, semakin ramai wanita Britain yang masuk Islam. Malah ramai manusia termasuklah di Barat convert to Islam. 

Kedatangan Islam telah menaikkan martabat wanita. Pada zaman jahiliah dulu wanita tiada nilai. Anak perempuan dibunuh. Perempuan dijadikan bahan hiburan semata-mata. Kemudian, kedatangan Islam telah membawa satu panduan kepada manusia. Manusia dilarang berzina, dilarang bersentuhan lelaki dan perempuan, dilarang membuka aurat dan lain-lain. Semua hal larangan ini banyak memberi faedah kepada wanita dan seterusnya kepada semua manusia. Sesuatu bangsa yang hebat berkait rapat dengan kemuliaan wanita bangsa tersebut.

Perisian ciptaan USM


Perisian ciptaan USM untuk kenal pasti kecelaruan bahasa kanak-kanak


USM berjaya menghasilkan perisian sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) yang mampu mengenal pasti jenis kecelaruan berbahasa yang dialami oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Ketua penyelidik, Dr Rozaida Abdul Rauf, daripada Pusat Sains Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM berkata, sejak perisian ini dihasilkan pada 2006 lalu, pihaknya telah menjalankan kajian ke atas 30 kanak-kanak. Mereka dapat mengesan 30 jenis kecelaruan berbahasa yang berbeza antara kanak-kanak itu. Hospital cuma mampu mengesan dengan ketepatan 30%, tetapi mereka dapat mengesan dengan ketepatan 100%. 
Hal ini penting bagi membantu proses rawatan. Perisian ini dibangunkan dengan geran USM berjumlah RM186,000 oleh sekumpulan penyelidik USM iaitu Tan Hock Thye, Prof Dr Ruslan Rainis, Prof Madya Dr Tajuddin Khader, Prof Madya Dr Syukri Sulaiman, Dr Zamzuri Idris, Dr Win Mar dan Affandi Hussien.

Tan Hock Thye ialah salah seorang pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Terjemahan (SOLLAT) USM. Beliau pernah mengajar aku bahasa Melayu. Tidak sangka seorang yang berbangsa Cina ini sangat luas ilmunya dalam bahasa Melayu. Beliau salah seorang pensyarah aku yang sangat baik, kelakar, sporting dan bijak. 

P/S : Ibu-ibu bapa perlu peka dengan perkembangan berbahasa anak-anak agar dapat dirawat awal jika terdapat masalah. Dirawat awal bermaksud, sebelum umurnya melepasi tahap prasekolah.

Alam Sekitar Kita!!!

TaHukAh aNda???

4 sungai paling tercemar (2004)
(oleh Jabatan Alam Sekitar – laporan alam  sekitar Malaysia 2004)

1. Sungai Menggaris, Sabah
2. Sungai Jelutong, Pulau Pinang
3. Sungai Buluh, Johor
4. Sungai Tukang Batu, Johor

3 sungai yang paling bersih (2004)
1. Sungai Petang, Kedah
2. Sungai Teras, Pahang
3. Sungai Maliau, Sabah


TahU Ke???

Gunung Berapi yang paling aktif di Filifina ialah Gunung Berapi Mayon, di Selatan Pulau Luzon. Ia berada di Lingkaran Api Lautan Pasifik. 2462 meter dari paras laut.  Ia lebih aktif daripada Gunung Berapi Pinatubo, Filipina.


Kekuatan gempa bumi
1.      Chille 1990 – 9.5 skala ritcher (5700 orang mati)
2.      Alaska 1994 – 9.2 skala ritcher (ratusan orang mati)
3.      Alaska – 9.1 skala ritcher (tiada kematian)
4.      Russia 1952 – 9.0 skala ritcher
5.      Sumatera – 9.0 skala ritcher (140,000 orang mati)

Kematian akibat gempa bumi
1.      255,000 mati di China, 7.5 skala ritcher, 1976
2.      200,000 mati di China, 7.9 skala ritcher, 1927
3.      200,000 mati di China, 8.6 skala ritcher, 1920
4.      143,000 mati di Jepun, 7.9 skala ritcher, 1923
5.      140,000 (lebih) mati di Sumatera, 9.0 skala ritcher, 2004

Pencemaran air akibat daripada lombong emas
Boyat, di pinggir pantai Acheh… paip dari kilang lombong yang ditanam 82 meter di dasar laut telah 4 kali pecah…air pantai tercemar teruk…ikan mati dan didapati dalam perut ikan2 terdapat bendasing hitam pekat…penduduk pantai Boyat mendapat penyakit kulit dan lain-lain…mereka terpaksa berpindah daripada situ memandangkan bekalan air mereka bergantung pada air pantai.