Wednesday, 25 June 2014

strategi dakyah kristian di Malaysia


Agama yang menyebarkan agama (dakwah/diayah/missionary)

1.      -      Islam
2.      -  Kristian
3.      -   Buddha
Yahudi tidak menjadi agama yang membawa mission kerana agamanya lebih bersifat perkauman. Malah mereka menganggap mereka ialah bangsa yang terpilih dan suci. Kata seorang ‘ulama’ Yahudi, nyawa seorang bangsa Arab itu diibaratkan kuku di satu jari orang Yahudi. Hal yang telah kita maklumi, Yahudi sangat benci akan bangsa Arab dan sentiasa bercita-cita menghancurkan bangsa tersebut yang beragama Islam. Mereka Yahudi ini bukan sahaja membandingkan mereka dengan bangsa Arab, malah juga dengan bangsa-bangsa lain.

Dalam Bible (Old Testament),
Deutronomy 23 : 19-20 “Do not charge interest on the loans you make to fellow Israelites, whether you loan money, or food, or anything else.” “You may charge interest to foreigners, but you may not charge interest to Israelites, so that the Lord your God many bless you  in everything you do in the land you are about to enter and occupy.” (foreigners : gentiles – bukan Yahudi)
Orang Yahudi tidak boleh mengamalkan riba sesama Yahudi tetapi dibenarkan riba dengan bangsa lain.

Strategi dakyah Kristian di Malaysia

Strategi baru yang digunakan oleh pendakyah Kristian ialah berhujah dengan menggunakan ayat Al-quran. Mereka mengeluarkan pelbagai persoalan kepada individu yang menjadi sasaran diayah mereka dan membiarkan ‘sasaran’ itu tertanya-tanya sendirian sehingga akhirnya akidah individu tersebut tergugat. Hal ini sudah banyak berlaku di Malaysia. Cuma ia berlaku secara senyap. Sasaran mereka ialah muslim yang jahil atau ilmu agama yang tipis. Hanya dengan ilmu agama kita dapat menangkis semua persoalan mereka dengan mudah sekali. 

Ingatlah bahawa Islam  itu sentiasa menang dengan kebenaran yang ada di dalamnya. Agama Islam ialah agama yang Allah turunkan kepada sekalian alam.
Salah satu strategi yang digunakan ialah strategi perbandingan watak. Mereka cuba mengkaji Al-Quran tentang 2 orang nabi Allah iaitu nabi Muhammad s.a.w. dan nabi Isa a.s.. Nabi Isa dikenali sebagai Jesus Christ oleh orang Kristian (son of God). Sebenarnya, mereka ingin kita menganggap nabi Isa a.s. itu lebih hebat dan mulia daripada nabi Muhammad s.a.w.. dan akhirnya percaya bahawa nabi Isa a.s. ialah tuhan (son of God). Adalah ditegaskan bahawa nabi Isa ialah salah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah untuk bani Israel. 

Di sini diberikan beberapa jenis persoalan dan cara kita menangkis hujahan mereka. yakinlah, Islam kuat kerana kebenaran yang terdapat di dalamnya. Islam ialah agama Allah satu-satunya. Dengan kebenaran inilah kita dapat menangkis semua pembohongan dan propaganda mereka. Kita bukan sahaja boleh menangkis hujahan mereka dengan guna Al-Quran tetapi juga menggunakan Bible yang dipercayai mereka. Pendakyah Kristian mengeluarkan kelebihan Nabi Isa a.s. dan bandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Misalnya, mengenai kriteria seperti Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, namanya banyak disebut dalam Al-Quran, dapat menghidupkan orang mati dan lain-lain. Antara persoalan yang dikemukakan pendakyah Kristian ialah seperti berikut.
1.      “Dua tempat di dalam Al-Quran yang menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s. yang luar biasa dan ajaib. (surah al-Maidah dan surah Al-Maryam). Manakala nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan seperti manusia biasa.”
Jawapan :
a)      Jikalau kriteria tidak ada bapa itu dijadikan kriteria hebat itu, jadi Nabi Adam a.s. adalah lebih hebat kerana dilahirkan tanpa ibu dan tanpa bapa. Justeru, kenapa Kristian tidak jadikan Nabi Adam itu sebagai Son of God sedangkan dia lebih hebat.
b)      Dalam Bible (New Testament) Hebres Chapter 7 ayat 3 juga menceritakan satu watak bernama Melchizedek yang tidak mempunyai bapa, ibu, saudara mara malah tiada permulaan dan pengakhiran dalam hidupnya. “There is no record of his father or mother or any ancestors – no beginning or end to his life.” Oleh itu bukankah Melchizedek ini lebih hebat daripada nabi Isa a.s? Kelahiran luar biasa (tidak ada bapa) bukanlah kriteria untuk dijadikan seseorang itu lebih mulia dari yang lain. Memang kita tidak menafikan kehebatan kelahiran nabi Isa a.s. itu benar-benar wujud dan ia datang dari Allah s.w.t..
2.      Nama nabi Isa a.s. banyak disebut di dalam Al-Quran berbanding nabi Muhammad itu sendiri. Bukankah nabi Isa itu lebih mulia dan dimuliakan berbanding nabi Muhammad s.a.w.? nabi Isa 25 kali manakala nabi Muhammad hanya 5 kali.
Jawapan :
a)      Bukti Nabi Muhammad s.a.w. tidak menulis sendiri Al-Quran. Ia ialah wahyu daripada Allah (An-Najm 3&4). Logiknya, jika nabi Muhammad menulis sendiri Al-quran sudah tentulah namanya lebih banyak dituliskan berbanding nama orang lain.
b)      Terdapat nabi-nabi Allah yang lain lebih banyak disebut namanya dalam al-Quran iaitu seperti Nabi Musa a.s. 130 kali dan nabi Ibrahim a.s. 45 kali.
c)      Syaitan disebut lebih banyak daripada itu dalam Al-Quran. Kalau kriteria nama banyak disebut di dalam Al-Quran dijadikan kriteria yang hebat, adakah syaitan itu lebih hebat dan lebih mulia? Jadi, melalui kriteria itu tidak boleh dikatakan orang itu lebih hebat dan lebih mulia. Antara tempat yang disebut mengenai syaitan di dalam Al-Quran :
·         Al-Baqarah ayat 34, al-Imran ayat 36, al-Imran 155, al-Mulk 5, Yusuf 42, Yusuf 100, An-Nahl 98, an-Nahl 99, al-Isra’ 27, Al-Isra’ 61, Al-Isra’ 53, Al-Isra’ 64, Al-Kahf 50, Al-Kahf 63, Maryam 44, Taha 116, Maryam 45, Maryam 83, Al-Hajj 52, Al-Hajj 53, Al-Mukminin 97, an-Nur 21, Al-Furqan 29, Sad 37, Sad 74 dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment