Wednesday, 25 June 2014

Perisian ciptaan USM


Perisian ciptaan USM untuk kenal pasti kecelaruan bahasa kanak-kanak


USM berjaya menghasilkan perisian sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) yang mampu mengenal pasti jenis kecelaruan berbahasa yang dialami oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Ketua penyelidik, Dr Rozaida Abdul Rauf, daripada Pusat Sains Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM berkata, sejak perisian ini dihasilkan pada 2006 lalu, pihaknya telah menjalankan kajian ke atas 30 kanak-kanak. Mereka dapat mengesan 30 jenis kecelaruan berbahasa yang berbeza antara kanak-kanak itu. Hospital cuma mampu mengesan dengan ketepatan 30%, tetapi mereka dapat mengesan dengan ketepatan 100%. 
Hal ini penting bagi membantu proses rawatan. Perisian ini dibangunkan dengan geran USM berjumlah RM186,000 oleh sekumpulan penyelidik USM iaitu Tan Hock Thye, Prof Dr Ruslan Rainis, Prof Madya Dr Tajuddin Khader, Prof Madya Dr Syukri Sulaiman, Dr Zamzuri Idris, Dr Win Mar dan Affandi Hussien.

Tan Hock Thye ialah salah seorang pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Terjemahan (SOLLAT) USM. Beliau pernah mengajar aku bahasa Melayu. Tidak sangka seorang yang berbangsa Cina ini sangat luas ilmunya dalam bahasa Melayu. Beliau salah seorang pensyarah aku yang sangat baik, kelakar, sporting dan bijak. 

P/S : Ibu-ibu bapa perlu peka dengan perkembangan berbahasa anak-anak agar dapat dirawat awal jika terdapat masalah. Dirawat awal bermaksud, sebelum umurnya melepasi tahap prasekolah.

No comments:

Post a Comment